Posts Tagged contoh soalan kpsl w27 penolong akauntanm

[Penolong Akauntan] Peluang anda tipis tanpa Panduan ini..

Posted by on Monday, 18 June, 2012

Salam sejahtera kami ucapkan. Kali ini kami akan merungkaikan satu persoalan kepada anda iaitu “Kenapa anda perlu menjadi seorang pegawai kerajaan?” Ini merupakan soalan yang sangat popular dalam kalangan pencari kerja kerajaan. Salah satu jawatan yang popular dalam sektor kerajaan ialah Penolong Akauntan Gred W27.

Ramai yang mengimpikan kerjaya sektor awam tapi kenapa ya? Ramai juga yang pergi exam tapi GAGAL. Walaupun anda mungkin pernah dipanggil untuk mengambil peperiksaan sebelum ini dan gagal, namun jangan berputus asa kerana kerana kalau dah rezeki anda, tak kemana punya!

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan – kelebihan ini:

1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan – kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut – berebut untuk memohonnya.

Read the rest of this entry »


[Contoh Soalan] Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Awam : PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Posted by on Monday, 18 June, 2012

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan, Gred W27.

Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

*************************

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit

Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.

B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

Read the rest of this entry »


SPA buka peluang Graduan Diploma!

Posted by on Monday, 18 June, 2012

Salam berhujung minggu dari kami di PanduanSPA.Com. Kami harapkan anda sentiasa dalam keadaan yang bersemangat sentiasa! Mudah-mudahan..

Jika anda merupakan pemegang Diploma, anda pasti tahu yang tempat anda ada di Perkhidmatan Awam dengan tangga gaji Gred 27. Tapi tahukah anda ambilan untuk Gred 27 bukan selalu ada!

Jadi jika anda dipanggil untuk peperiksaan Gred 27, jangan lepas kan peluang, terus sambar!

Minggu depan, satu jawatan Gred 27 dibuka pintunya iaitu, PENOLONG AKAUNTAN Gred W27

Cara nak lulus senang sahaja, 3 perkara!

1 – Buat persediaan
2 – Hadir peperiksaan
3 – Jawab soalan!

Tapi APA dan BAGAIMANA untuk buat persediaan?

Jawapannya ada di sini. Terus ke www.PenolongAkauntan.com

Anda dipanggil? Jika YA, jangan lepaskan peluang ini!

Salam sukses untuk anda dari kami di sini!


Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W27. [PENTING]

Posted by on Monday, 18 June, 2012

Secara amnya, kalau berdasarkan  Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 yang lepas, peperiksaan akan dibahagikan kepada dua kertas berasingan. Berikut adalah kertas yang dimaksudkan dan sukatan yang akan dicakupi oleh peperiksaan ini:

1. Seksyen A
2. Seksyen B

Seksyen A mengandungi 50 soalan yang berkisar tentang pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Masa yang diperuntukkan adalah 50 minit sahaja. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Seksyen B menguji kemahiran calon dalam daya menyelesaikan masalah. Jumlah soalan yang ditanyakan adalah sebanyak 40 soalan. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kesemua soalan adalah 45 minit sahaja. Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan Kemahiran logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep-konsep Matematik.

Sedikit tips daripada kami: Read the rest of this entry »


Penolong Akauntan W27: Apa Anda Perlu Tahu?

Posted by on Monday, 18 June, 2012

Kerjaya sebagai Penolong Akauntan adalah satu kerjaya yang dipandang sangat penting dalam Jabatan Akauntan Negara. Jawatan ini dikategorikan sebagai kumpulan sokongan. Di bawah ini merupakan syarat lantikan, syarat kenaikan pangkat serta deskripsi tugas seorang Penolong Akauntan yang wajib dan harus anda ketahui dengan baik.

Syarat Lantikan:
Memliki diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]
Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Untuk Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 pada 23 Jun 2012 ini, anda boleh mendapatkan tips dan panduan berguna berbentuk ebook di laman web rasmi PenolongAkauntan.Com